Wednesday 30 January 2013

Day Worried

hi guys,

hari ni keluar makan dengan staff sorang ni. tengah bulan depan dia nak mula bekerja di negeri baru
kira tak keluar dari company cuma state je lain. ehhh paham ke korang apa aku merepek ni.
ahhh buat-buat paham dah la ye. heeeee :)

dia macam tau-tau je aku akan rindukan dia lepas dah tak de dekat ofis ni. dalam 2 minggu ni je lagi masuk ofis nampak muka dia. lepas 2 minggu ni bergaduh la dengan staff yang lain.

Sebenarnya yang worried sangat ni sebab tengah tunggu turn kena mengadap SAU. macam-macam benda pulak yang jadi sejak 2 menjak ni. yang boleh buat sekarang berdoa je supaya dapat jaga periuk nasi ni.






p/s: bercakap benar tak rugi, siapa yang tidak berani berkata benar itu adalah seorang yang pengecut.

Thursday 10 January 2013

Day Hectic.


Hi guys..

Hari ni datang keje dengan penuh semangat sebab ada meeting & worksyop GTM 2013. Ni tahun pertama terlibat dengan GTM planning. Pening kepala tahu fikir benda ni. Nasib ada staff yang dah ada pengalaman lebih dari 5 tahun. So, tugas aku hari ni monitor dan bagi komen untuk GTM yang tertentu.

Baru macam bos kannnn. heeee Padahal hati berdebar sangat nak komen apa yang mereka planned.
esok ada sambungan untuk sesi planning dan akan dibentangkan selepas solat Jumaat. Aku dah lama tak present depan ramai orang ni. Harap-harap staff aku tak buat lawak sepanjang pembentangan dijalankan. huhhhh

Lepas pembentangan esok aku nak balik ipoh lawat family tercinta. rinduuuuuuu tahu.






p/s: kalau ada yang buat lawak esok aku tunjuk penumbuk baru semua takutttt hiyarghhhhhh :D

Wednesday 9 January 2013

Day Happy.



Hi guys...

Pagi tadi pening kepala nak pakai baju apa pegi kerja. Lastly, pilih blouse bunga-bunga pink kecil bertanah hitam diganding dengan slack hitam dan tudung pink.

Sebenarnya dah 4 hari rindu kat seseorang tapi pendamkan je rasa hati ni. hari ni bila dia dah masuk ofis terus berbunga-bunga hati macam baju yang aku pakai tadi. heeeeee bila dia pandang rasa nak gugur hati tau, bila dia mengadu muka gelap sebab baru balik dari pulau aku senyum je. Niat hati tak nak bercakap dengan dia tapi asyik nak mengadu je kejenya. macam budak2 tahuuuuuu.

haishhhh. kenapa la ada lagi perasaan untuk orang lain ni. selama 4 tahun block hati untuk orang lain permulaan tahun ni tiba-tiba je jadi macam ni. kamu jangan baik sangat dengan aku nanti hati aku jatuh.

please hati jangan mudah jatuh :(







p/s: buat blog ni untuk luah perasaan. tak yakin nak luah perasaan pada orang sekeliling.