Thursday 10 October 2013

Day busy and worried

Hi everyone...

nak update secara laju ni. masa amat mencemburui kita. awal bulan hari tu kita dapat bos baru, haaaa kalau dah dapat bos baru tu faham faham la ye busy nye macam mane. hari hari kat ofis ni bersilat tau belum lagi menjerit *secara sopan* minta report dekat staff. haiiiiiilaaaaa email ade pun masing masing degil tak nak ikut arahan seperti dalam email kan. nak jugak kita menjerit hilang tau keayuan yang ada dalam diri ni. :(

sebenarnya tiba tiba je kita ada satu perasaan tak nak bertunang tu menebal dalam diri. tambah ada beberapa perkara berlaku terus dari 80% nak bertunang tinggal 10% je tau sekarang ni. korang yang ada perasaan macam ni boleh share tak kenapa ia terjadi?

kalau ikut lagi 3 bulan 20 hari tarikh pertunangan kami. bila dah jadi macam ni kita dah cakap dengan dia tak jadi nak bertunang tahun depan. dah la malas nak cerita. kita tengok je la ape nak jadi dalam masa 3 bulan ni.


tudung kelepet ponnnnnn bolehhhhh :p *peace*





p/s: tolong turunkan putera untuk kita boleh ;)

Wednesday 22 May 2013

Peristiwa hari ni

Hai semua.

Hari ni dapat 2 berita yang tak dijangka bos nak share dengan aku. 1 berita sedih pasal staff aku yang tak akan disambung kontrak sebab company nak kurangkan kos. 1 lagi berita gembira pasal staff kontrak aku tu berjaya tarik perhatian panel penemuduga.
 
Sebelum ni bos kata staff tu kurang menyerlah then minta aku coaching staff tu. lepas interview tu bos terkejut dengan perubahan staff tu dan bos say thanks sebab tak malukan dia dengan lahirkan staff yang bagus. huhhhhhh masa dengar bos cakap macam tu terus rasa takut + happy sebab lepas ni kalau ada staff baru mesti nak suruh aku coaching kannnnn. 
 
Harap staff aku tu dapat teruskan khidmat dia yang cemerlang tu kat company lain. Rezeki manusia ada di mana-mana cepat atau lambat, ia tetap ada untuk umat Allah SWT.  Tinggal 2 bulan je lagi. Lepas ni hilang 1 tangan aku yang nak tolong siapkan report. huhuhu
 
 
 
 
 
 
 
p/s: next month aku nak pegi pulau perhentian. dah mula cari barang-barang ni.heheh

Wednesday 6 February 2013

Day Dream

Hi guys..

Senyum tak perlu kata apa-apa..senyum tak perlu kata apa-apa.heeee hari ni seharian aku asyik senyum je. kawan-kawan kat ofis pun dah mula perasan asyik senyum tanpa henti.

bila dah asyik senyum je ada la kawan kat ofis ni mereka-reka cerita tu tak lama lagi la tu nak kahwin kan sebab tu asyik tersenyum je..ehhhh ehhhh takkan la senyum je nak kahwin senyum je nak kahwin. dah tu kalau yang tak senyum tu tak nak kahwin la tu eyyyy.

saja la tu nak usik aku tu kan. dah yang aku ni dari tadi cerita pasal senyum tapi tak pulak nak cerita kenapa asyik tersenyum kan. sabarrrr.....sabarrrr..aku bukan nak kahwin lagi tapi ceritanya begini, semalam aku buat solat istikharah ada la mohon begitu dan begini. pagi ni bangun aku rasa selesa sangat hati ni, dah boleh terima beberapa berita dengan mudahnya dan apa yang diharapkan untuk hati tenang menerima orang itu berjaya.

aku nak amalkan la solat istikharah ni supaya bila datangnya situasi untuk membuat pilihan aku tak akan takut atau was-was. semoga apa yang bakal berlaku ada hikmah yang tersembunyi dan terbaik untuk aku.







p/s: Jodoh itu rahsia Allah s.w.t. Kadang-kadang kita aspect dia bukan untuk kita sebab kita tak layak, tapi at last Allah s.w.t jodohkan dia untuk kita. :)

Wednesday 30 January 2013

Day Worried

hi guys,

hari ni keluar makan dengan staff sorang ni. tengah bulan depan dia nak mula bekerja di negeri baru
kira tak keluar dari company cuma state je lain. ehhh paham ke korang apa aku merepek ni.
ahhh buat-buat paham dah la ye. heeeee :)

dia macam tau-tau je aku akan rindukan dia lepas dah tak de dekat ofis ni. dalam 2 minggu ni je lagi masuk ofis nampak muka dia. lepas 2 minggu ni bergaduh la dengan staff yang lain.

Sebenarnya yang worried sangat ni sebab tengah tunggu turn kena mengadap SAU. macam-macam benda pulak yang jadi sejak 2 menjak ni. yang boleh buat sekarang berdoa je supaya dapat jaga periuk nasi ni.






p/s: bercakap benar tak rugi, siapa yang tidak berani berkata benar itu adalah seorang yang pengecut.

Thursday 10 January 2013

Day Hectic.


Hi guys..

Hari ni datang keje dengan penuh semangat sebab ada meeting & worksyop GTM 2013. Ni tahun pertama terlibat dengan GTM planning. Pening kepala tahu fikir benda ni. Nasib ada staff yang dah ada pengalaman lebih dari 5 tahun. So, tugas aku hari ni monitor dan bagi komen untuk GTM yang tertentu.

Baru macam bos kannnn. heeee Padahal hati berdebar sangat nak komen apa yang mereka planned.
esok ada sambungan untuk sesi planning dan akan dibentangkan selepas solat Jumaat. Aku dah lama tak present depan ramai orang ni. Harap-harap staff aku tak buat lawak sepanjang pembentangan dijalankan. huhhhh

Lepas pembentangan esok aku nak balik ipoh lawat family tercinta. rinduuuuuuu tahu.






p/s: kalau ada yang buat lawak esok aku tunjuk penumbuk baru semua takutttt hiyarghhhhhh :D

Wednesday 9 January 2013

Day Happy.



Hi guys...

Pagi tadi pening kepala nak pakai baju apa pegi kerja. Lastly, pilih blouse bunga-bunga pink kecil bertanah hitam diganding dengan slack hitam dan tudung pink.

Sebenarnya dah 4 hari rindu kat seseorang tapi pendamkan je rasa hati ni. hari ni bila dia dah masuk ofis terus berbunga-bunga hati macam baju yang aku pakai tadi. heeeeee bila dia pandang rasa nak gugur hati tau, bila dia mengadu muka gelap sebab baru balik dari pulau aku senyum je. Niat hati tak nak bercakap dengan dia tapi asyik nak mengadu je kejenya. macam budak2 tahuuuuuu.

haishhhh. kenapa la ada lagi perasaan untuk orang lain ni. selama 4 tahun block hati untuk orang lain permulaan tahun ni tiba-tiba je jadi macam ni. kamu jangan baik sangat dengan aku nanti hati aku jatuh.

please hati jangan mudah jatuh :(







p/s: buat blog ni untuk luah perasaan. tak yakin nak luah perasaan pada orang sekeliling.